Ajarkan Aku Ilmu Yang Seni-Seni


Tuhan!

Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni

Iaitu beri aku faham tentang pengertian sifat-sifat-Mu yang mendalam

Agar aku bertambah mengenal-Mu

Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu

Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu

Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu

Semakin luas ilmuku terhadap-Mu

Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu yang Maha Kuasa

Bertambah aku malu dengan-Mu

Tuhan!

Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa

Bukan ilmu di dalam fikiran

Pandangan hati menebalkan keyakinan

Pandangan akal adakalanya membawa keraguan

Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada

Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu dapat menebalkan rasa kehambaan

Rasa kehambaan pada seseorang itulah membawa seseorang tawadhuk

Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu sombong dan ego

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi